HomeIsu tempatan29 pasukan sertai 5th Ulu Sugut Off-Road Challenge sempena Pesta SUTATI

29 pasukan sertai 5th Ulu Sugut Off-Road Challenge sempena Pesta SUTATI

Read Time:58 Second

RANAU: Seramai 29 pasukan sukan lasak termasuk satu daripada Brunei Darussalam menyertai 5th Ulu Sugut Off-Road Challenge yang diadakan sempena Pesta SUTATI (Sungai Talantang dan Tinagas) bagi tahun 2024 di Kampung Wayan, di sini, pada Sabtu (23 Jun).

Pesta tersebut dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Ulu Sugut dan Etnik SUTATI.

Sebanyak 20 daripada mereka menyertai kategori novice manakala sembilan lagi termasuk satu pasukan daripada Brunei Darussalam mengikuti kategori open hardcore.

Turut diadakan ialah pertandingan rakit berhias, sukan tradisi, sukaneka, persembahan kebudayaan dan pameran etnik, serta sugandoi dan konsert SUTATI.

Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam merasmikan majlis perasmiannya yang diadakan di kampung tersebut Ahad lalu.

Beliau diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kundasang, Dounis Sani.

Dalam ucapannya yang dibacakan oleh Dounis, Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Penganjur, Jaminus Agang dan ahli jawatankuasa terlibat atas kejayaan menganjurkan pesta tersebut.

Menyatakan sokongan terhadap pesta itu, beliau berharap ia akan terus diadakan bagi mengeratkan perpaduan dan merancakkan ekonomi luar bandar termasuk pelancongan luar bandar.

Kerajaan sentiasa menyokong apa jua anjuran daripada akar umbi yang memberikan impak positif kepada masyarakat luar bandar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

9 pelajar antarabangsa jayakan ekspedisi ke Gunung Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular