HomeUtamaDUN Sabah : 194 syarikat sertai proses pra kelayakan tender pelaksanaan Pan...

DUN Sabah : 194 syarikat sertai proses pra kelayakan tender pelaksanaan Pan Borneo Fasa 1B

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 194 syarikat dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung telah menyertai proses pra kelayakan secara terbuka bagi menyertai tender projek pelaksanaan pakej Fasa 1B projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, daripada jumlah itu, hanya 113 syarikat yang menyertai pra kelayakan telah layak mengikuti tender berkenaan.

“Pra-kelayakan dibahagi kepada dua peringkat iaitu pra-kelayakan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti keupayaan kewangan, teknikal dan juga kebolehan sumber manusia.

“Selepas pra- kelayakan peringkat pertama, maka tender harga telah dipanggil dengan melibatkan 113 syarikat yang telah layak dalam pra-kelayakan tender terbuka tadi.

“Daripada 113syarikat tersebut, sebanyak 59 syarikat dari Sabah, tujuh syarikat dari Sarawak, 47 syarikat dari Semenanjung telah layak menyertai tender,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Senallang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik), Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, projek itu adalah projek di bawah pembiayaan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, tatacara melantik adalah mengikut tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan hasil perbincangan diantara Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Sabah.

Tambahnya, syarikat terlibat akan dipanggil bagi melalui proses perolehan ini iaitu pra- kelayakan.

“Selepas sesi pra-kelayakan dibuat, maka penilaian tender dibuat oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.

“Hasil daripada penilaian tender tersebut, ianya dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia.

“Hasil daripada Keputusan Lembaga Perolehan tersebut, akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk Menteri Kewangan Persekutuan memuktamadkan lantikan dan seterusnya nanti proses mengeluarkan lantikan diturunkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama dalam kerajaan sedia ada akan dikekalkan – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular