HomeUtamaGempa Bumi Lemah Dikesan Di Kundasang

Gempa Bumi Lemah Dikesan Di Kundasang

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kundasang pada 6.20 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang.

“Gempa bumi itu dikesan 12 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah setakat ini tidak menerima apa-apa laporan kejadian tidak diingini akibat gempa bumi lemah itu.

Khamis lalu, satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter turut dikesan berlaku di Semporna. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya