HomeUtamaPembudayaan inovasi dalam sektor agromakanan melalui PINTAR akan diberi penekanan komprehensif

Pembudayaan inovasi dalam sektor agromakanan melalui PINTAR akan diberi penekanan komprehensif

Read Time:1 Minute, 43 Second

Nabawan : Pelaksanaan dan pembudayaan inovasi dalam semua aspek rantaian nilai sektor agromakanan melalui konsep Pengukuhan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) akan diberikan penekanan yang komprehensif.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia adalah bagi memperkukuh sistem makanan domestik ke arah penghasilan bahan makanan yang produktif dan mampan. 

“Sistem tagal yang merupakan program konservasi sumber perikanan melalui penglibatan komuniti ini bukan sahaja bagi memelihara dan menjaga ekosistem sungai malah ia menjadi sumber makanan untuk penduduk setempat seterusnya dilihat bakal menjadi tarikan ekopelancongan.

“Peluang pekerjaan juga dapat diwujudkan kepada masyarakat setempat untuk menjalankan perniagaan di gerai-gerai di kawasan tagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program rintis PINTAR Projek Tagal di sini hari ini.  

Tagal Komuniti Kampung Sosogoh telah disenaraikan bagi menerima suntikan pengukuhan dibawah Program Rintis PINTAR Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan jumlah bantuan sebanyak RM30,000.

Peruntukkan yang diterima digunakan bagi pembelian lima unit solar, 20 beg makanan ikan, 100 unit kerusi plastik, dan empat unit tong sampah serta bahan binaan tandas awam. 

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, Tagal Kampung Sosogoh mempunyai potensi tinggi menjadi daya tarikan kepada pelancong kerana ia merupakan satu-satunya tagal yang berjaya menjinakkan ikan mereka di Pensiangan. 

Selain itu katanya, kedudukan kawasannya yang strategik bersebelahan dengan pembinaan jalan raya yang bakal siap, persekitaran kaya dengan flora dan fauna serta sesuai bagi aktiviti perkhemahan juga mendaki dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong untuk mengunjungi tagal ini.

Pada majlis yang sama, turut diadakan pelepasan benih ikan lampam sungai sebanyak 2,850 ekor bersaiz 4 inci bernilai RM10,000 sumbangan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Arthur berkata, ia adalah bertujuan memulihara spesies ikan untuk konservasi, meningkatkan populasi dan  memulihara kepelbagaian biodiversiti.

“Jabatan Perikanan Sabah juga menyampaikan sumbangan kepada 12 Jawatankuasa Tagal sedia ada iaitu bantuan berupa solar, tong ais, pukat, rambat, tikar kanvas dan papan tanda,” katanyam

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd, Ketua Pengarah DOF Dato’ Adnan Hussain dan Pengarah Perikanan Sabah Azhar Kassim. – SABAH MEDIA /FOTO KPKM

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular