HomeSukanMalaysia setuju jadi tuan rumah Sukan Sea 2027

Malaysia setuju jadi tuan rumah Sukan Sea 2027

Read Time:58 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam mengumumkan keputusan Kerajaan menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil kira komitmen penganjuran bersama oleh tiga negeri lainnya.

“Sebelum ini, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang sudah menyatakan kesediaan untuk menggunakan peruntukan masing-masing bagi menjadi penganjur bersama dengan Kuala Lumpur.

“Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Sarawak dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang berjaya mengendalikan penganjuran temasya berakhir pada 24 Ogos lalu dengan jayanya,” menurut kenyataan itu lagi.

Kali terakhir temasya dwitahunan itu berlangsung di Malaysia adalah pada 2017.

Sebagai rekod, edisi 2017 menyaksikan Malaysia menamatkan kempen sebagai juara keseluruhan selepas memenangi 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 pingat gangsa.

Termasuk edisi 2027, Malaysia menjadi tuan rumah dalam tujuh edisi selepas 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan juga 2017.

Bagi edisi ke-33 yang akan berlangsung pada Disember tahun depan, Thailand akan menjadi tuan rumah dengan tiga lokasi menjadi venue pertandingan iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular