HomeIsu tempatanRawatan percuma di Pusat Hemodialisis buat bekas polis

Rawatan percuma di Pusat Hemodialisis buat bekas polis

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu:   Ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Sabah kini boleh menikmati rawatan secara percuma di pusat hemodialisis dibawah persatuan itu mulai penghujung tahun ini.

Pengerusi Biro Korporat Ekonomi persatuan tersebut, Datuk Seri Zulfakar Hashim berkata pusat hemodialisis yang beroperasi  dengan 16 unit mesin itu akan dibuka di Kota Kinabalu.

“Kita ada 300 lebih orang ahli persatuan yang menghidap sakit buah pinggang yang terpaksa beratur dan menunggu giliran di hospital kerajaan.


“Pada tahun ini, kita akan buat pusat dialisis di bawah persatuan bekas Polis Diraja Malaysia Sabah, bertempat di Kota Kinabalu. Kita akan mulakan dengan 16 buah mesin yang mana ahli-ahli persatuan kita boleh mendapat rawatan secara percuma dengan pusat dialisis yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkta demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bagaimanapun, pihaknya juga mempertimbangkan cadangan Tun Juhar supaya pusat hemodialisis berkenaan ditubuhkan di bandar-bandar lain seperti Tawau dan Sandakan.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sabah, Datuk Awang Kassim Gemok yang mengetuai kunjungan terbabit di Istana Seri Kinabalu menyatakan, kunjungan itu bertujuan untuk melaporkan perkembangan persatuan.

“Sejak 2019, baru hari ini kita telah memberi penjelasan kepada Tun di mana sebelum ini daerah – daerah kami hanya mempunyai tujuh daerah cawangan, sehingga hari ini kita mempunyai 16 daerah cawangan kemudian mempunyai keahlian persatuan seramai 6,426 orang.

“Aktiviti kami menjurus kepada kebajikan dan hari ini, saya dan rombongan hadir untuk memperjelaskan kepada Tun Juhar bahawa kami telah membawa persatuan ini untuk dikoporatkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Aura Ustaz Abdul Somad tarik perhatian 10,000 umat Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular