HomeUtamaPositif dengan kemajuan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 – Ansari

Positif dengan kemajuan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 – Ansari

Read Time:5 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Menyorot kembali sejarah penyertaan Sabah dan Sarawak sebagai negeri-negeri di dalam Malaysia, bekas Gabenor Sabah, Sir William Goode menyatakan bahawa antara syarat penggabungan negeri berkenaan adalah dengan membenarkan ‘kontribusi’.

“… Maka diadakan satu perundingan dalam Jawatankuasa Financial Subcommittee. Di sana wakil kita, ada mendiang James Barrett dan Datuk Yap Pak Leong , dengan formula yang dipersutujui adalah untuk pendapatan dari pihak Pusat seperti cukai pendapatan dan sebagainya ini hendaklah dipulangkan semula dua perlima dan 60% diguna pakai untuk kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan tanggungjawabnya di dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan  seperti pendidikan, pertahanan dan sebagainya.

“Maka lahirlah Artikel 112, yang mempunyai special grant bermakna hak untuk menuntut pemulangan semula cukai-cukai dan pendapatan kerajaan pusat yang dikutip daripada negeri,” ujar Datuk Ansari Abdullah, Seorang peguam dan juga Aktivis MA63 ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC),

Dan katanya kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelesaikan tujuh tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepanjang dua tahun pentadbirannya menunjukkan komitmen Perdana Menteri dalam isu yang dikemukakan Sabah dan Sarawak.

Penyelesaian ini, yang telah pun dimulakan sejak pentadbiran kerajaan terdahulu adalah penting untuk menyama-ratakan kehendak dan keperluan rakyat di dua negeri ini.

“Kalau saya tidak salah, isu kewangan merupakan perkara ke-sepuluh atau ke-sebelas di dalam permintaan Sabah di waktu itu.

“Mereka mahu menguasai keseluruhan kewangan dan tarif percukaian sepenuhnya,” ujarnya.

Ansari yang turut Menyorot kembali sejarah penyertaan Sabah dan Sarawak sebagai negeri-negeri di dalam Malaysia berkata  bekas Gabenor Sabah, Sir William Goode menyatakan bahawa antara syarat penggabungan negeri berkenaan adalah dengan membenarkan ‘kontribusi’.

SEMAKAN 5 TAHUN SEKALI MA63

Mengulas lanjut kutipan pada awalnya tidaklah begitu banyak namun ada pandangam supaya kajian dilakukan setiap lima tahun sekali.

“Kajian pertama tidak dapat dilaksanakan kerana peristiwa 13 Mei 1969. Pada tahun 1974, satu jumlah telah digunapakai oleh kerajaan persekutuan lebih kurang, dalam RM27 juta, dan jumlah ini digunakan sehingga pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Usaha menuntut keseluruhan isi kandungan di dalam MA63 bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi lurus jalannya.

Namun bagi setiap individu di Sabah dan Sarawak, mempunyai satu visi yang jelas dalam mempertahankan maruah negeri Borneo ini.

20 perkara yang disebut di dalam buku tulisan Dr Jeffrey menyatakan tuntutan berkenaan adalah permintaan dan bukan perjajian.

Perjajian termaktub di dalam Inter-Governmental Committee (IGC), dengan menyebut bahawa apa juga yang dipersetujui , akan terima pakai sebagai lampiran kepada MA-63.

“Jadi apa juga dipersetujui di dalam IGC kena pakai di dalam Perjajian Malaysia mengikut Perkara 8. Jadi dari pandangan saya ini berbeza daripada orang persorangan.

BERMULA DARI SEBUAH FORUM

Dan perkara ini mendapat anjakan yang begitu dasyat, bila mana pada tahun 2015.

“Tan Sri Anifah Aman, yang pada waktu itu Menteri Luar telah mengadakan satu forum di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Dan hasil  rumusan daripada apa yang dibincangkan di dalam forum pertama dan kedua ini, kita telah menghantar satu memorandum kepada PM waktu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

“Pada tahun 2015, yang menandatangani Datuk Seri Anifah, Dr Jeffrey Kitingan, Anuar Ayob, Arwah Jamain, saya sendiri dan kita adakan pertemuan dengan Perdana Menteri waktu itu.

“Dan pada pertemuan itu,  saya nampak PM pun macam agak terkejut bila kita hantar memorandum dia kata “Sabah, Sarawak.

“Saya kata, “No sir, itu berbeza”, dan dia nampak terkejut. Maka saya bawa satu salinan perlembagaan dan  tunjukkan pada dia tengok dan dia lebih kurang terkejut dengan peruntukan 112 dan kata kita ada peruntukan sendiri untuk Sabah.

“Jadi dia terus minta Datuk Seri Anifah umumkan pembentukan dan perkara ini dibawa ke kabinet untuk mesyuarat.

“Dan kabinet telah memutuskan bahawa satu jawatankuasa untuk mengkaji perkara ini dibentuk dan dipengerusikan oleh Tan Sri Anifah Aman bersama dengan Datuk Nancy Syukri. Ini dilakukan sebelum tahun 2018.

“Bagaimanapun Datuk Seri Najib telah gagal mempertahankan kedudukan, UMNO dan BN Gagal dan terbentuklah Kerajaan Baharu yang diketuai oleh Tun M 2.0.

“Tun M dan PH Plus pada itu kekuatan mereka adalah manifesto, dan diantara manifesto itu ialah kedudukan Istimewa Sabah dan Sarawak.

“Dan saya masih ingat bila Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) ketika itu ditanya bila wang ini akan dibayar ? dan beliau kata “We don’t have a money”.

“Selepas Tun M dan Guan Eng diketepikan, dan Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, dimana beliau membuat keputusan bagi pihak Kerajaan agar Petronas tidak meneruskan rayuan dalam kes pengutipan cukai jualan yang dikenakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Dengan itu, cukai jualan bila rayuan ditarik balik, cukai jualan menjadi sah dan Sarawak pula mula mengutip cukai jualan bagi bahan-bahan petroleum dan gas dan Sabah turut serta walaupun Sabah tidak menyertai kes yang difailkan oleh Sarawak itu.

“Begitu juga Datuk Seri Ismail Sabri yang turut mempunyai sumbangan iaitu jumlah yang kurang dari RM30 juta itu bila dia menjadi Perdana Menteri, beliau telah naikkan kepada RM137 juta.

“Dan selepas itu pada zaman PMX, beliau peruntukan RM 300 juta pada dua tahun lalu. Dan baru-baru ini beliau naikkan lagi kepada RM600 juta,” ulas Ansari.

Namun dengan perkembangan terbaru ini, ramai yang melihat adanya sisi baik dan buruk, begitu juga ada yang berpandangan masih ada kelompongannya.

PERKEMBANGAN TERKINI

Mengulas lanjut, Ansari bagaimanapun melihat perkembangan itu dari sudut yang positif.

“Daripada RM28 juta, sekarang sudah naik RM600 juta. Walaupun ini masih jauh namun kita lihat satu sahaja iaitu cukai pendapatan yang dikutip daripada Sabah hampir RM8 bilion.

“Dan banyak lagi industri, perusahaan yang membuat duit di Sabah seperti Petronas, GLC, pemilik ladang yang berpusat di Kuala Lumpur,  Selangor dan mereka membayar cukai di sana.

“Walaupun keuntungan di kutip di Sabah, mereka membayar cukai di sana, jadi inilah yang terlepas.

“Jadi yang kita dapat di Sabah adalah sekitar RM7.8 bilion tahun lepas dan itu hanya baru satu aspek. Ini belum masuk cukai kastam, keuntungan Petronas, industi Minyak dan gas dan sebagainya.

“Jadi kawan-kawan yang nampak perkembangan ini akan tahu, tindakan ini tidak mencukupi namun bagi saya, saya melihat ianya sangat positif,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular