HomeUtamaPolis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

Read Time:54 Second

KENINGAU: Polis kini sedang giat memburu seorang suspek (gambar) disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang berlaku di Kampung Lingkudau dekat sini pada malam Khamis.

Ini adalah susulan kejadian pada 19 September lalu jam lebih kurang 9.40 malam, Polis Daerah Keningau telah menerima makluman awal mengenai aduan awam bahawa berlaku pergaduhan pertengkaran mulut pasangan suami isteri di Kampung Lingkudau, Keningau.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Alizam Dalaman, isteri dan anak suspek telah melarikan diri ke rumah jiran yang merupakan rumah mangsa (si mati) meminta bantuan untuk dihantar ke balai polis Keningau, akan tetapi suspek berjumpa dengan mangsa (si mati) dan berlaku pergaduhan.

“Suspek terus menetak mangsa (si mati) menggunakan objek tajam dan menyebabkan pendarahan yang teruk.

“Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini dan diklafikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai jika mempunyai maklumat berkenaan suspek tersebut boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148 atau tampil ke mana – mana balai berhampiran.

RELATED ARTICLES
Utama

Muzium Negara Terima Koleksi Set Tagung Kadazan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular