HomeUtama20 pelajar tajaan Yayasan Sabah lanjut pengajian ke Mesir

20 pelajar tajaan Yayasan Sabah lanjut pengajian ke Mesir

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 orang pelajar tajaan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) berangkat ke Mesir bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam.

Tajaan dibawah Program Khas Persediaan ke Timur Tengah itu telah dilaksanakan sejak tahun lalu yang memberikan penekanan kepada kemahiran berbahasa Arab dan kemahiran Tajwid. 

Kesemua mereka dihantar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) oleh Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Program ini terbuka kepada pelajar-pelajar Sabah lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Hadir sama menghantar pelajar-pelajat itu adalah Pengurus Kumpulan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Joshua Ho, Pengurus Kumpulan, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran (YS/ICSB), Halijah Laini, Pengurus Kanan, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Asman Dulamid dan Pengurus Kanan, Bahagian Akaun dan Perkhidmatan Kewangan (YS/ICSB), Normah Ahmad. – SABAH MEDIA / FOTO YAYASAN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

LIGS sumbang RM2 juta kepada Kerajaan Negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular