HomeIsu tempatan27 peserta Sabah wakili Malaysia ke Festival Tarian Topeng Antarabangsa Andong Ke-28

27 peserta Sabah wakili Malaysia ke Festival Tarian Topeng Antarabangsa Andong Ke-28

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu : Seramai 27 peserta dari Sabah akan mewakili Malaysia ke Festival Tarian Topeng Antarabangsa Andong ke-28 di Korea Selatan yang berlangsung selama 10 hari mulai Jumaat ini.

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag berkata, kontinjen yang mewakili negara ke festival tersebut berperanan sebagai duta kecil dalam mengangkat kesenian tradisi kita yang kaya dan unik.

“Tunjukkan kepada dunia bahawa kita bukan sekadar peserta tetapi kita adalah pemimpin dalam seni dan budaya dengan nilai murni serta semangat kebersamaan yang kita bawa.

“Kepada mereka yang bertanding saya ucapkan selamat maju jaya, berjuanglah dengan sepenuh hati dan jiwa kerana kemenangan bukan sekadar diukur melalui trofi tetapi juga melalui keberanian, dedikasi serta usaha tanpa mengenal lelah.

“Apapun keputusan nanti, ketahuilah bahawa anda sudah menjadi pemenang di hati kami kerana telah menggalas tanggungjawab sebagai duta kecil negeri dan negara jadikanlah pengalaman ini sebagai kenangan berharga yang akan terus menyemarakkan semangat anda dalam memperjuangkan seni budaya kita.

“Saya dengan penuh rasa bangga mengucapkan selamat berfestival kepada kontinjen Sabah, anda semua adalah lambang kegemilangan warisan budaya kita,” katanya selepas Pra Tonton Program Festival Tari Topeng Andong 2024, di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara, Sabah (JKKNS), Jasmi Rasit.

Juliah berkata, Persatuan Seamex Sabah bersama JKKNS dijemput oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Korea Selatan untuk mengambil bahagian dalam festival bertemakan One World One Mask untuk mempromosikan topeng dan seni serta kraf yang berkaitan, termasuk genre seni visual serta persembahan sebagai bahasa universal budaya seluruh dunia.

Katanya, melalui program tersebut, Seamex Sabah berharap dapat merealisasikan satu aspek dalam slogan Sabah Maju Jaya iaitu mempromosikan Sabah dan Malaysia serta mengekalkan budaya dan warisannya yang unik melalui bidang seni persembahan seperti yang ditunjukkan dalam penyertaannya dalam Andong ini.

Dalam festival itu, para peserta Seamex mempersembahkan secara langsung tarian, muzik asli dan kontemporari Sabah dalam pelbagai program seperti bengkel, pameran dan kreativiti yang akan dipersembahkan untuk pertandingan tarian topeng dan 27 peserta terdiri daripada penari, pemuzik, krew sokongan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular