HomeUtamaSemua urusan beban kewangan, keperluan Rafida telah diuruskan serta-merta - Fadhlina

Semua urusan beban kewangan, keperluan Rafida telah diuruskan serta-merta – Fadhlina

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan oleh seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya untuk ke asrama sewaktu pendaftaran ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diuruskan serta merta.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam.

Fadhlina berkata, beliau telah menghubungi pelajar berkenaan Rafida Zaiddin menerusi panggilan video selepas kisahnya tular di media sosial.

“Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian.

“Rafida adalah anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan.Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Malah sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS.

“Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat dihati saya? Kerana ketika hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke Universiti,” katanya menerusi hantaran itu di sini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Cikgu Rahman dan pensyarah UMS Dr Abdullah Bade yang telah melaporkan keadaan pelajar berkenaan.

Fadhlina turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.

“Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!,” katanya.

Terdahulu, kisah beliau yang membawa guni untuk mengisi barang-barang ke asrama sewaktu pendaftaran ke UMS telah meragut emosi pelbagai pihak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kalau sudah ada inspirasi, saya akan panggil media untuk mengumumkannya –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular