HomeUtamaPICK : Labuan Mulakan Vaksin Remaja 16-17 Tahun Hari Ini

PICK : Labuan Mulakan Vaksin Remaja 16-17 Tahun Hari Ini

Read Time:1 Minute, 13 Second

LABUAN: Seramai 2,593 pelajar berusia 16 dan 17 tahun di pulau bebas cukai ini mula menerima vaksin COVID-19 hari ini sebagai persediaan pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, berkata vaksinasi itu dilaksanakan di dua pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada iaitu di Kompleks Darul Kifayah dan dewan Kolej Matrikulasi Labuan (KML).

“Ketika kita menuju pencapaian 100 peratus imuniti kelompok terhadap wabak COVID-19, kita tidak seharusnya membiarkan anak-anak yang masih bersekolah ketinggalan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini juga usaha kami untuk mengurangkan kemungkinan penularan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah apabila ia dibuka semula (secara berperingkat) bulan depan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata program vaksinasi itu akan diadakan selama empat hari dengan fasa pertama memberi keutamaan kepada pelajar sebelum menumpukan kepada remaja yang tidak bersekolah.

Dr Ismuni berkata fasa kedua membabitkan 8,225 pelajar berusia 12 hingga 15 tahun akan bermula minggu hadapan selama dua minggu.

“Kami juga menerima pelajar yang ingin jumpa terus ke PPV yang mungkin terlepas pandang dan tidak tersenarai dalam fasa pertama,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata sekolah akan dibuka semula pada 3 Oktober secara berperingkat di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula dengan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan iaitu Tingkatan Lima dan Enam.

Labuan mempunyai 17 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah dengan 99 peratus guru telah menerima vaksin lengkap. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Tambah baik jejantas Petagas bakal tingkat keselamatan penduduk – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular