HomeIsu tempatanTiga bekas pengamal media Sabah terima bantuan YBR

Tiga bekas pengamal media Sabah terima bantuan YBR

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Tiga bekas pengamal media yang mengalami masalah kesihatan di negeri ini menerima bantuan yang disalurkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) di sini semalam.

Mereka adalah Joswan Gulabok, 69, Mohd Amin Muin, 64, serta Barnard Martin yang merupakan bekas kakitangan media di negeri yang pernah berkhidmat di pelbagai agensi media sebelum bersara.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi YBR Datuk Philip Benedict Lasimbang  dan diiringi Pengurus Besar YBR Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Sumbangan itu amat diperlukan sebagai dana tambahan bagi menampung kos pembelian ubat-ubatan dan rawatan dialisis yang tinggi kerana menghidapi penyakit kanser prostat, masalah buah pinggang, angin ahmar serta gout kronik.

Pada majlis sama, YBR turut mengadakan majlis makan malam bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang masih di dalam perkhidmatan.

Menurut Philip, inisiatif ini merupakan acara tahunan agar sinergi yang telah terjalin bersama pihak media dapat diteruskan dan kekal mampan..

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana hasil daripada kerjasama yang jitu daripada pihak media dalam menyiarkan segala usaha yang dijalankan oleh YBR.

“Kami akan sentiasa komited serta mempelbagaikan strategi dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO YBR

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar terima anugerah penaung kehormat AFEO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular