HomeIsu tempatanPelaksanaan 'Program Anak Kita' bantu tangani isu keciciran pembelajaran

Pelaksanaan ‘Program Anak Kita’ bantu tangani isu keciciran pembelajaran

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Peruntukkan sebanyak RM100 juta yang disalurkan Kerajaan Persekutuan menerusi Program Anak Kita amat dialu-alukan khususnya dalam menangani isu keciciran pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, menerusi program itu juga ia dapat memastikan semua pelajar mampu menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

“Sebagaimana yang kita maklum di Sabah ini memang memerlukan bantuan khusus bagi meningkatkan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas pendidikan seperti kerusi dan meja pelajar di seluruh Sabah. 

“Sehubungan itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar dapat memberi perhatian pada keperluan-keperluan ini melalui Belanjawan 2025 akan datant seperti menaik taraf sekolah-sekolah yang daif, jalan raya berturap, menyediakan kemudahan asas seperti kerusi dan meja pelajar serta lain-lain. 

“Selain itu dicadangkan juga agar Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sabah dapat diperuntukkan dengan geran khas dalam memastikan PIBG seiring dalam meningkatakan tahap pembelajaran di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas peruntukkan RM100 juta yang disalurkan Kerajaan Persekutuan menerusi Program Anak Kita di sini hari ini.

Program itu telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu untuk dimanfaatkan sebaiknya oleh ibu bapa bagi menyelamatkan anak bangsa yang tercicir.

Arif berkata, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) untuk sentiasa mengambil langkah-langkah dan strategi bagi memastikan semua sekolah di Sabah ini khususnya di pedalaman mendapat kemudahan yang sewajarnya.

Katanya ia termasuklah beberapa program lawatan yang telah dirancang.

“Di antara inisiatif itu adalah program-program melalui PIBG dan Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan. 

“Sistem pembelajaran terutamanya yang menjurus kepada digitalisasi yang mana ianya memerlukan peralatan-peralatan khusus seperti smart tv, rangkaian selular dan lain-lain untuk pembelajaran yang lebih sempurna kepada semua pelajar di negeri Sabah.

“Selain itu juga, ia termasuklah memantapkan sistem kumpulan sokongan di semua PPD di seluruh Sabah (Pelibatan Komuniti dan sektor swasta PIBKS),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular