HomeIsu tempatanTun Juhar terima anugerah penaung kehormat AFEO

Tun Juhar terima anugerah penaung kehormat AFEO

Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin hari ini menerima Anugerah Penaung Kehormat (Distinguished Honorary Patron) daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).

Anugerah itu disampaikan Pengerusi AFEO dan Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Ir Professor Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin diiringi oleh Pengerusi IEM Sabah, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar dan mantan Pengerusi IEM Sabah, Datuk Ir. Willy Chin Tet Fu.

Hadir sama dalam majlis ringkas di Istana Seri Kinabalu ialah isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni, pada Isnin.

Jeffrey ketika ditemui media berkata anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan pembangunan sosial, ekonomi dan kejuruteraan Sabah di bawah kepimpinan Tun Juhar.

Beliau turut berharap agar penganugerahan itu dapat menarik pelbagai inisiatif terutama dalam bidang kejuruteraan ke negeri ini.

Tun Juhar merupakan penerima ketiga dari Malaysia selepas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Ketujuh, Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas pada tahun 2015 dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2018.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pelaksanaan ‘Program Anak Kita’ bantu tangani isu keciciran pembelajaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular