HomeUtamaSesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Sehingga Mac 2022

Sesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Sehingga Mac 2022

Read Time:46 Second

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan sehingga Mac 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, tempoh ini bagi melihat tahap penguasaan murid dan pelajar selain memastikan mereka lebih bersedia memasuki sesi persekolahan baharu.

“Anak-anak akan kekal dalam kelas sama sehingga Februari 2022. Misalnya murid tahun enam akan masuk ke tingkatan satu pada Mac tahun depan.

“Tempoh perlanjutan ini bagi melihat tahap penguasaan murid dan apakah sokongan atau dokongan yang mereka perlukan.

“Bagi murid yang mempunyai tahap penguasaan masih lemah, kita akan fokuskan kepada program intervensi,” katanya pada sidang media pengoperasian sekolah di sini, hari ini.

Katanya, cuti akhir tahun akan bermula pada 10 November hingga 31 Disember.

“Maka untuk tahun 2022 kita akan laksanakan kalendar akademik 2022/2023.

“Kemasukan kumpulan murid tahun satu pada 2022 akan bermula pada Mac 2022.

“Sama ada akan dikekalkan, kita akan bincangkan pada sesi libat urus pada masa akan datang,” katanya. – Hmetro

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya