HomeSukanOkoris dipilih menjadi maskot rasmi Sukan SEA U18 2024

Okoris dipilih menjadi maskot rasmi Sukan SEA U18 2024

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Spesis Orang Utan tempatan, Okoris dipilih sebagai maskot rasmi Sukan SEA Remaja Bawah 18 tahun (SEA U18) 2024 yang akan berlangsung di Stadium Likas selama tiga hari bermula 28 November depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata, pemilihan Okoris melambangkan kekuatan, semangat juang dan kesungguhan atlet muda kita dalam kejohanan itu.

“Reka bentuk Okoris yang dinamik dan berani, mencerminkan cita-cita dan aspirasi semua atlet remaja yang akan beraksi di pentas Sukan SEA Remaja Bawah 18.

“Maskot ini bukan hanya hiasan, tetapi ia adalah lambang perpaduan,keazaman dan harapan. Kita percaya bahawa Okoris akan menjadi sumber inspirasi kepada para atlet muda untuk memberikan yang terbaik serta menarik minat lebih ramai generasi muda untuk aktif dalam sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Maskot dan Logo Sukan SEA Remaja Bawah 18 tahun di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Olahraga Sabah, Mohammat Hassan berkata, Persatuan Olahraga Sabah melihat kejohanan itu bukan lagi sekadar suatu sukan semata-mata, malah ia merupakan industri yang boleh menjana pendapatan negeri dan negara.

“Maskot Okoris ini melambangkan habitat semulajadi bagi haiwan tersebut, yang mana ia adalah sesuatu yang boleh mempromosikan pelancongan Negeri Sabah.

“Okoris bersifat berani dan tidak akan mudah berputus asa dalam melakukan apa yang diinginkan.

“Bertepatan dengan objektif sebenar SEA U18 adalah untuk mencungkil bakat baru dan pembangunan atlet yang bertaraf dunia,” katanya.

Menurutnya, Kejohanan SEA U18 itu dijadualkan berlangsung pada 28 November depan melibatkan penyertaan 11 buah negara yang akan bertanding.

Hadir sama, Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Josephine Kang Teok Koon; Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun; Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah, Terrance Edward Pudin serta Timbalan Setiausaha Tetap Sektor Pengurusan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Adnan Atin.

RELATED ARTICLES
Sukan

Jangan pandang rendah keupayaan Pilihan Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular