HomeUtamaHabib Ali Zaenal Abidin dilantik sebagai Profesor Adjung FIS UMS

Habib Ali Zaenal Abidin dilantik sebagai Profesor Adjung FIS UMS

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Pendakwah bebas, Al-Fadhil Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Pengajian Islam  (FIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Watikah pelantikan Profesor Adjung FIS itu disampaikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof. Dr. Shahril Yusof bagi mewakili Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansur.

Majlis penyerahan watikah itu turut disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah.

Arifin ketika ditemui berkata, pelantikan Profesor Adjung FIS itu diharap akan dapat memberi banyak manfaat kepada UMS dan juga Kerajaan Negeri Sabah.

“UMS telah melantik seorang tokoh ilmuan dan pendakwah terkenal sebagai Profesor Adjung FIS dan mudah-mudahan besar manfaatnya untuk UMS dan juga negeri Saba

“Bagi pihak Kerajaan negeri, kita akan sentiasa menyokong apa pun usaha yang telah dipelopori UMS seperti mana yang telah termaktub dalam cogankata UMS iaitu Bertekad Cemerlang.

“Ia adalah salah satu cara untuk melahirkan kecemerlangan dengan berkongsi ilmu, pengalaman dengan mendatangkan tokoh-tokoh ternama dalam bidang ilmu agama dan sebagainya seperti mana kita dapat saksikan pada hari ini,” katanya.

Habib Ali Zaenal Abidin memiliki pengalaman kerjaya yang sangat luas, antaranya sebagai Pengerusi Yayasan Ar Riayah dan pendakwah bebas, serta Felo Kanan Bahagian Dakwah di UNIPSAS.

Beliau juga merupakan graduan dari Universiti Al Azhar dan Darul Mustafa, Tarim, Yaman dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Usuluddin dan Sarjana dalam Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.

Selain itu, beliau diiktiraf dengan Anugerah Kedoktoran Terhormat dan aktif dalam pelbagai institusi pendidikan.

Kepakaran beliau dalam bidang dakwah dan pengajian Islam menjadikannya figura penting dalam pembentukan generasi berilmu dan beradab. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan 12 Rumah Ihsan Membakut dijangka siap Februari 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular