HomePendapatMahalnya Kehidupan Di Lahad Datu !!

Mahalnya Kehidupan Di Lahad Datu !!

Read Time:3 Minute, 28 Second

Pembentangan Belanjawan Malaysia 2025 baru-baru ini oleh Menteri Kewangan membawa berita yang dinanti-nantikan dengan pengumuman kenaikan kadar Gaji Minimum negara dari RM1,500 kepada RM1,700, berkuat kuasa Februari 2025.

Kenaikan 13.3% ini disambut dengan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Langkah ini adalah kali pertama kadar gaji minimum dinaikkan sejak tahun 2022, yang sekaligus menandakan komitmen kerajaan dalam memastikan pendapatan rakyat sejajar dengan peningkatan kos sara hidup.

Pada bulan Ogos 2024 pula, Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam antara 7% hingga 15%, berdasarkan kumpulan pekerjaan. Pelarasan ini, yang terbesar dalam tempoh 15 tahun, membawa kelegaan kepada golongan penjawat awam yang berhadapan dengan beban ekonomi yang semakin menekan.

Namun begitu, beban kewangan negara yang masih tinggi menimbulkan persoalan tentang kemampuan kerajaan dalam menanggung perbelanjaan tambahan, dianggarkan sekitar RM10 bilion setahun, terutama dengan defisit fiskal yang mencecah RM91 bilion pada 2023.

Golongan majikan juga menzahirkan kebimbangan terhadap kenaikan Gaji Minimum ini, terutamanya bagi Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) yang menyumbang hampir 50% jumlah pekerjaan di Malaysia.

Carta taburan pekerja formal mengikut skala upah ( Jun 2023-jun 2024)

Di sebalik pelbagai pandangan, kenaikan gaji ini dilihat oleh kerajaan sebagai langkah untuk membantu rakyat mencapai pendapatan yang lebih bermaruah. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dari Jun 2024 menunjukkan bahawa median upah bulanan pekerja hanya pada tahap RM2,745, sedikit sahaja melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sebanyak RM2,589. Hampir 45% pekerja formal di Malaysia memperoleh gaji bulanan kurang dari RM2,500, yang menunjukkan majoriti besar rakyat masih hidup dalam kategori cukup-cukup makan.

Untuk membantu rakyat berhadapan dengan kos sara hidup, kerajaan Malaysia telah lama memperuntukkan subsidi besar untuk barangan asas seperti beras, ayam, dan telur. Bagaimanapun, perbelanjaan subsidi yang sangat besar ini mengurangkan dana bagi projek pembangunan negara, seperti pendidikan, kesihatan, dan infrastruktur asas. Bagi mengurangkan beban subsidi, kerajaan telah mula melaksanakan penyasaran subsidi. Bermula 1 November 2024, subsidi ayam dihentikan dan harga ayam diapungkan, menjimatkan RM1.2 bilion setahun untuk pembangunan negara.

PerkaraMaksud
KeperluanKategori barangan dan perkhidmatan yang di perlukan untuk kelangsungan hidup dengan bermakna
Kehendak  Kategori barangan dan perkhidmatan pilihan pengguna untuk kehidupan selesa
Keupayaan penyertaan dalam masyarakatIsi rumah berupaya mengambil bahagian dan melibatkan diri dengan aktiviti formal atau tidak formal dalam masyarakat

Minggu lalu, DOSM mengeluarkan laporan tentang Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) untuk tahun 2023, yang mendapati purata perbelanjaan bulanan isi rumah Malaysia adalah RM4,729, dengan bahagian makanan mencakupi 36% daripada jumlah tersebut.

Di Selangor, Petaling merekodkan PAKW tertinggi pada RM6,660 sebulan, sementara di Sabah, Lahad Datu mencatatkan PAKW kelima tertinggi di negara ini pada RM5,608.

Daripada 156 daerah di seluruh negara, Petaling (Selangor) merekodkan PAKW tertinggi pada tahap RM 6,660. Lahad Datu (Sabah) pula adalah ke-5 tertinggi pada tahap RM 5,608.

Tidak di sangka, sebenarnya mahal untuk menjalani kehidupan wajar di Lahad Datu. Ianya merupakan salah satu daripada 27 daerah di Sabah, dan di kategorikan sebagai Daerah Sederhana, iaitu daerah dengan jumlah penduduk di antara 100,000 – 399,000 orang.

Manakala, kesemua 5 daerah dengan PAKW terendah di Malaysia adalah di Sarawak: Bukit Mabong (RM 1,945), Julau (RM 2,437), Sri Aman (RM 2,486), Belaga (RM 2,493), Lubok Antu (RM 2,516).

Di samping itu, daerah Kinabatangan (Sabah) telah merekodkan PAKW Makanan tertinggi di Malaysia pada tahap RM 2,004.

Fakta menarik: Menurut data DOSM, Kinabatangan memiliki peratusan penduduk bukan warganegara (78%) yang sangat tinggi berbanding penduduk warganegara.

Perkiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) ini jelas menunjukkan pendapatan rakyat masih jauh tersasar. Majoriti rakyat masih belum menikmati kehidupan wajar, dan terus bergelut untuk memenuhi keperluan dan kehendak, serta keupayaan mengambil bahagian dalam masyarakat.

Ini bermakna kenaikan kadar Gaji Minimum dan pelarasan gaji penjawat awam berkenaan masih belum mencukupi untuk mencapai pendapatan bermaruah bagi kehidupan wajar. Jurang di antara pendapatan bermaruah dan PAKW adalah besar, dan sudah pasti memerlukan masa untuk di rapatkan.  

Usaha merapatkan jurang ini tidak boleh di laksanakan secara tergesa-gesa dan mendadak. Ianya mesti di laksanakan secara teliti agar tidak menjejaskan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara. Apa jua inisiatif yang di usahakan mestilah menyediakan situasi win-win kepada semua pihak berkepentingan, terutamanya majikan dan pekerja.

A journey of a thousand miles begins with a single step.”

RELATED ARTICLES
Pendapat

Agenda Membasmi Miskin Tegar Di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular