HomeIsu tempatanUMS, Universitas Pakuan perkukuh usaha mobiliti akademik

UMS, Universitas Pakuan perkukuh usaha mobiliti akademik

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Delegasi dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universitas Pakuan, Bogor, Indonesia telah mengunjungi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai menandakan permulaan program mobiliti akademik yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi.

Kumpulan pelawat tersebut terdiri daripada empat orang pensyarah dan pelajar yang diketuai oleh pensyarah pascasiswazah, Dr. Hari Muharam dijadualkan menyertai beberapa aktiviti kerjasama sepanjang lawatan itu.

Menurut kenyataan dari FPEP, program itu bertujuan bagi meneroka peluang projek penyelidikan bersama, penerbitan, dan program mobiliti yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua fakulti.

“Mesyuarat antara delegasi lawatan dan pensyarah UMS telah dirancang untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan, serta program mobiliti pelajar dan pensyarah secara timbal balik.

“Pertemuan ini juga bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan akademik kedua-dua institusi bagi jalinan kerjasama jangka panjang.

“Selain perbincangan rasmi, delegasi tersebut akan mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan sosial dan memberi sumbangan positif kepada komuniti setempat di sekitar UMS,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan FPEP turut menyebut, sebagai sebahagian daripada atur cara lawatan, satu lawatan lapangan ke Kundasang telah diatur dan kumpulan tersebut akan melawat ke sebuah tapak perniagaan yang berjaya dikendalikan oleh seorang alumni UMS.

“Lawatan ini bukan sahaja menonjolkan kejayaan alumni UMS dalam bidang keusahawanan, tetapi memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk menyaksikan secara langsung impak pendidikan universiti dalam kejayaan perniagaan tempatan.

“Program mobiliti yang berlangsung antara Universiti Pakuan dan UMS ini mencerminkan komitmen kukuh dalam meningkatkan pengalaman pendidikan merentas sempadan dan memupuk kerjasama akademik bertaraf global.

Turut hadir dalam menyambut ketibaan delegasi Universiti Pakuan, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi FPEP, Prof. Madya Dr. Suddin Lada yang mewakili Dekan FPEP, dan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswzah FPEP, Dr. Jakaria Dasan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular