HomeUtamaCubaan seludup barang kawalan berjaya digagalkan

Cubaan seludup barang kawalan berjaya digagalkan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.4 batu nautika Selatan Tanjung Batu, Felda Sahabat, Lahad Datu pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, berdasarkan maklumat diterima, bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pukul 3.45 pagi.

Katanya, menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit bertindak melarikan diri dan mengubah haluan ke arah daratan berhampiran dan telah bertindak terjun ke laut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut membawa beberapa barang kawalan seperti beras, minyak paket dan tong gas. Bot dan kesemua barang di bawa ke Jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua tong gas berwarna hijau, 17 bungkus minyak masak dengan anggaran berat 17 kg, sembilan kampit beras dengan berat 90kg dan lima kampit beras dengan berat 25kg. Turut ditemui satu tiub hablur kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Dzulfikhar berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta kawalan beras dan padi 1994 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.

Katanya, turut dirampas sebuah pam bot tanpa nombor pendaftaran beserta sebuah enjin pam. 

“Kesemua barang rampasan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 8,500,” katanya.

Katanya, Zon Maritim Lahad Datu akan mempertingkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot terutama yang berada di lokasi titik panas di perairan ini bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden yang berlaku di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Utama

KEADILAN Sabah buat laporan polis sebar fitnah terhadap PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular