HomeIsu tempatanHak-hak Sabah Harus Diperjuangkan Mengikut MA63

Hak-hak Sabah Harus Diperjuangkan Mengikut MA63

Read Time:54 Second

SHAH ALAM: Hak-hak rakyat Sabah harus diperjuangkan mengikut perkara 20 yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Demikian kata Sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Selangor, Reni Samson, mengulas mengenai penyatuan Sabah dalam Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2021 baru-baru ini.

Sukarelawan Reni Samson

“Kita perlu merujuk dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana 20 perkara yang ditetapkan oleh malaysia kepada Sabah dan Sarawak, antaranya termasuk berkongsi budaya kepada tanah semenanjung Malaysia.

“Bagi pendapat saya sekiranya perjanjian ini diingkari, ia akan terkeluar dari Malaysia. Tetapi sekiranya hak-hak diberikan sama rata dari Malaysia maka tiada keperluan Sabah keluar dari Malaysia,” kata Reni yang berasal dari Kampung Meligan Sipitang, Sabah.

Katanya, pada masa ini keadaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia adalah tenang, aman dan sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu padu, bersatu menentang pandemik yang melanda dunia sekarang.

“Sebagai rakyat Sabah penambahbaikkan dalam pentadbiran dan pengurusan pemimpin atasan itu perlu mengutamakan kepentingan rakyat Sabah dahulu daripada kepentingan diri sendiri.

“Manakala hak-hak Sabah dalam perkara 20 yang dijanjikan haruslah diperjuangkan sama rata dengan semenanjung Malaysia,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Large Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular