HomeUtamaKerajaan Sabah Sambut Baik Usaha Beri Tumpuan Kepada Golongan Sasar Dalam RMK-12

Kerajaan Sabah Sambut Baik Usaha Beri Tumpuan Kepada Golongan Sasar Dalam RMK-12

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri menyambut baik usaha kerajaan Pusat bagi memberi  tumpuan kepada golongan warga emas,Orang Kurang Upaya (OKU) dan Wanita di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya berkata, RMK-12 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’ itu turut menyenaraikan golongan sasar di bawah bidang kementeriannya.

“Sistem sokongan dan program-program yang bakal diwujudkan adalah amat baik dan perlu sejajar dengan jangkaan bahawa Malaysia akan kearah Negara Tua menjelang 2030 serta jumlah pendaftaran OKU yang direkodkan semakin bertambah.

“Kita menyambut baik pembentangan RMK-12. Selaku Menteri bertanggungjawab kepada golongan sasar ini di Sabah, kita amat menyambut baik kerana ia juga turut disentuh dalam RMK-12,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Ir Shahelmey berkata, sistem sokongan kepada warga emas juga selari dengan jangkaan jumlah penduduk Malaysia berusia 60 tahun ke atas menjelang tahun 2030.

“Begitu juga dengan pendaftaran OKU yang meningkat dan usaha-usaha utk memperkasakan program-program yang berkaitan dengan OKU terutamanya dalam program keusahawanan, karnival kerjaya juga diperkasakan.

“RMK-12 turut memberi penekanan terhadap peranan wanita dalam sektor ekonomi dan proses membuat keputusan,” katanya.

Beliau yang Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, perkhidmatan kesihatan akan lebih efisien dengan  perancangan Kerajaan Pusat dalam RMK-12 untuk membina lebih banyak Klinik Kesihatan di negeri ini.

“Dengan terlaksananya pembinaan klinik kesihatan yang lebih di negeri ini, maka perkhidmatan penjagaan kesihatan negeri Sabah akan dapat dipertingkatkan,” katanya.

Beliau turut berharap, usaha kemakmuran bersama itu akan dapat dicapai menjelang 2030.

RELATED ARTICLES
Utama

Dr Maria dilantik Pengarah JKNS baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular