HomeUtamaPerlindungan PERKESO Perlu Diambil Serius Semua Pihak

Perlindungan PERKESO Perlu Diambil Serius Semua Pihak

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Keselamatan dan kebajikan sosial pekerja perlu diambil serius oleh semua pihak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir. Shahelmey Yahya meminta agar semua pihak untuk bersama memainkan peranan dalam memastikan semua individu mendapat perlindungan pekerjaan.

Jelasnya, ini termasuk mereka yang berkerja sendiri dan berniaga secara atas talian.

“Dalam kita mengharungi pandemik Covid- 19 ini banyak kejadian-kejadian atau isu-isu yang melibatkan pekerja telah terjadi.

“Pada zaman teknologi digital ini kita mempunyai lebih ramai pekerja-pekerja yang berkerja sendiri dan saya difahamkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempunyai skim perlindungan untuk mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang berniaga secara ‘online’.

“Bersama-sama berusaha untuk menyedarkan majikan dan juga pekerja agar tidak memandang rendah dan terus menyertai program perlindungan yang diadakan oleh PERKESO ini” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PERKESO di Wisma Perkeso pagi tadi.

Menurut Shahelmey, sejajar dengan jangkaan Malaysia ke arah Negara Warga Tua menjelang 2030, skim-skim faedah berkenaan warga emas perlu dipertimbangkan.

Katanya, skim-skim kebajikan ataupun perlindungan dan keselamatan sosial bagi warga emas perlu dilihat atau disediakan bermula dari sekarang bagi kita menghadapi tahun 2030 dan seterusnya nanti.

Sementara itu, selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PERKESO, Shahelmey bersama Pengarah PERKESO Negeri Sabah Dr. Mohd Ali Hindia ke Putatan untuk menziarahi beberapa pencarum PERKESO yang merupakan penerima faedah skim keilatan akibat daripada kemalangan dan sakit.

Penerima faedah mendapat pencen bulanan seumur hidup dan faedah pemulihan bulanan seperti susu, lampin pakai buang, kerusi roda dan keperluan-keperluan lain yang disarankan oleh pegawai perubatan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular