HomeIsu tempatanPertandingan Berasaskan Aplikasi ‘Minecraft’ Inisiatif UMS Pupuk STEM Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Pertandingan Berasaskan Aplikasi ‘Minecraft’ Inisiatif UMS Pupuk STEM Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Read Time:1 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU: Seiring dengan perkembangan teknologi digital pada masa kini, U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) telah menjayakan Program STEM4ALL: Cabaran Learning Science Through Minecraft.

Program berbentuk pertandingan pembinaan projek melalui aplikasi Minecraft itu disertai seramai 88 peserta dari 18 buah sekolah di seluruh Sabah yang telah menghantar video-video kreatif berkenaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah bagi pertandingan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dalam satu acara secara dalam talian baru-baru ini.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan bagi penyertaan pelajar-pelajar sekolah ke arah pembudayaan STEM sebagai pendukung bagi tenaga kerja generasi akan datang.

“Harapan saya agar program sebegini dapat memupuk minat pelajar dalam bidang Sains Komputer melalui pembinaan projek di dalam aplikasi Minecraft.

“Dalam masa yang sama usaha ini turut mendidik komuniti, khususnya kanak-kanak dan remaja berkaitan teknologi baharu yang menjurus ke arah teknologi digital,” katanya.

Taufiq turut berharap agar pertandingan sebegini mampu memberi pendedahan kepada generasi celik teknologi maklumat dan mengoptimumkan daya saing mereka dalam membangunkan bidang ekonomi digital pada masa akan datang.

Terdahulu, Pengarah JPNS, Datuk Dr. Mistirine Radin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan tersebut.

“Pertandingan ini merupakan satu galakan terbaik kepada semua pelajar untuk turut terlibat dalam bidang sains dan teknologi bagi melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berdaya maju terutamanya dalam bidang STEM,” katanya.

Pertandingan tersebut menyaksikan kumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Swasta Tshung Tsin yang dianggotai oleh Rachel Wong Siau Ying, Andrea Caitlin Yu Xin Jie dan Wesley Kong Yu Sen muncul johan bagi kategori sekolah menengah.

Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar daripada SMK Tinggi Kota Kinabalu dianggotai oleh Jordan Voo Yee Fung, Hansen Lee Ming Haw, Chong Jia Ying Dylan, dan Ivan Liew Chun Fui, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nur Viana Onnin Osthen dari SMK Taman Ria.

Bagi kategori sekolah rendah, Nur Vanida Onnin Osthen @ Mohd Raffie dari SK Rugading dinobat sebagai pemenang utama, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga dimenangi pelajar dari SK Inanam Laut iaitu Izz Muzaffar Ros Izhrin dan Amirul Aziz Hardi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular