HomeIsu tempatanPenduduk Puji Tindakan Segera Pihak Konsesi Sambung Semula Jambatan Yang Runtuh

Penduduk Puji Tindakan Segera Pihak Konsesi Sambung Semula Jambatan Yang Runtuh

Read Time:1 Minute, 20 Second

Sipitang -Di dalam usaha untuk memastikan masyarakat tidak terputus hubungan ekoran jambatan yang runtuh di Sipitang Sabah, sebuah syarikat konsesi bertindak pantas dengan membina semula jambatan yang runtuh itu sementara menantikan arahan lebih lanjut dari pihak berwajib.

Jambatan yang menghubungkan kampung Long Mio dan kampung Long Pasia di Sipitang Sabah yang runtuh ekoran hujan lebat serta banjir  baru-baru ini,  akhirnya berjaya disambungkan semula dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sementara menantikan satu jambatan konkrit yang kekal dapat dibina di lokasi berkenaan oleh syarikat konsesi terabit.

jambatan yang runtuh di laluan Kampung Long Mio dan Long Pasia, Sipitang Sabah
Jentera berat yang digerakkan segera oleh pihak konsesi bagi membaik pulih jalan berkenaan dengan segera

Memetik satu hantaran di Media sosial, Zico Solaiman baru Agong berkata , beliau  mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan yang telahpun diberi amanah oleh kerajaan negeri untuk membina semula jambatan yang runtuh tempoh hari.

Katanya walaupun bersifat sementara ( dengan menggunakan kayu balak) namun besar maknanya kepada penduduk Kg Long mio dan Kg Long Pasia itu.

“ Saya berharap suatu hari nanti jambatan penghubung ini dinaik taraf kepada konkrit agar lebih tahan dan selamat digunakan katanya.

Adalah satu tindakan terpuji telah dilaksanakan oleh syarikat konsesi berkenaan bagi memastikan jalan yang menghubungkan kampung berkenaan dapat disambung semula dan penduduk dapat menggunakan jalan berkenaan Ketika ini.

Diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberikan peruntukan segera agar jalan berkenaan dapat disambung semula agar aktiviti masyarakat tidak  terganggu lebih-lebih lagi di dalam tempoh sukar ekoran penularan wabak covid-19 ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular