HomeIsu tempatanSK Kirokot Ranau Johan Menangi Pingat Emas Dalam Pertandingan Antarabangsa Anjuran MIICA

SK Kirokot Ranau Johan Menangi Pingat Emas Dalam Pertandingan Antarabangsa Anjuran MIICA

Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kirokot Ranau mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah di peringkat antarabangsa apabila muncul sebagai johan dan memenangi Pingat Emas dalam satu pertandingan anjuran MIICA (Malaysian Innovation, Invention and Creativity Association).

Pertandingan tersebut diadakan secara maya kerana pandemik Covid-19. Antara negara yang menjadi tuan rumah ialah Turkey, Indonesia, Nigeria dan juga Malaysia.

Tajuk yang dibentangkan ialah “Facemask 2.0 – Creating clean environment and reduce waste through recycling”.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan cemerlang SK Kirokot Ranau di peringkat antarabangsa.

“Ini membuktikan bahawa kita mampu bersaing, Ranau Hebat!,” kata Majus.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang mewakili Malaysia seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara itu, iaitu Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend, yang telah membentangkan kajian medium bahasa Inggeris dengan cemerlang.

“Situasi pandemik dan norma baharu pendidikan tidak menghalang SK Kirokot untuk terus menghasilkan kejayaan bermakna ini.

“Ini sudah pasti akan menyuntik semangat sekolah-sekolah yang lain bukan sahaja di Ranau tetapi di seluruh Malaysia,” kata Majus.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Michael Bahinding iaitu Guru Besar SK Kirokot; Jurulatih Utama dan Guru Ikon Inovasi Pendidikan Ranau, Hallsen Justin; Penolong Kanan KOKUM; Konys Berimbun, Yang Dipertua PIBG SK Kirokot; serta semua para ibubapa yang terlibat.

“Saya berasa amat bersyukur kerana SK Kirokot berjaya memasuki peringkat antarabangsa, ini adalah berkat semua warga pendidik di dalam bidang Inovasi sekolah ini,” ujar Michael.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam turut mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya