HomeIsu tempatanKurier Ekspres Terus Aktif Beri Perkhidmatan Terbaik

Kurier Ekspres Terus Aktif Beri Perkhidmatan Terbaik

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Perkhidmatan Penghantaran Kurier Ekspres dilihat terus aktif  walaupun kerajaan telah mengumumkan kebenaran merentas daerah bermula 14 Oktober lalu.

Salah seorang pengendali kurier tersebut, Hafizullah Ahmad berkata, idea memulakan perkhidmatan penghantaran barang ekspres berkenaan timbul bagi menambah pendapatan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Sejak dua tahun lalu, perkhidmatan bas kurang mendapat sambutan jadi, saya terfikir alternatif lain iaitu mewujudkan perkhidmatan penghantaran barang bagi menggantikan orang.

“Pergerakan yang terhad juga menyebabkan orang ramai memilih perkhidmatan ini untuk menghantar barang di kampung halaman masing-masing, ini sekurang-kurangnya dapat menganti diri mengubat rindu kepada keluarga di kampung atau anak-anak di bandar.

“Antara barangan yang dihantar adalah seperti barangan dapur, dokumen, perabot, barangan kain, barangan elektrik, makanan dan minuman, barangan pertukangan serta pembinaan,”jelasnya.

Menyedari hakikat persaingan perkhidmatan penghantaran barangan semakin sengit, Hafizullah berkata, pihaknya sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin.

“Pihak kami sentiasa menjaga mutu perkhidmatan supaya pelanggan percaya dengan perkhidmatan kami.

“Setakat ini tiada sebarang aduan berat yang diterima kecuali permasalahan penerimaan barang yang agak sedikit lambat disebabkan masalah teknikal luar jangka  seperti kerosakan kenderaan semasa dalam perjalanan.

“Sekiranya berlaku kelewatan seperti itu, kita akan maklumkan kepada pelanggan supaya mereka tidak tertunggu-tunggu,”jelasnya.

Menurut Hafizullah  pada masa ini, pihaknya membuat penghantaran barangan di Ranau, Papar, Kimanis,  Keningau , Sook Kota Marudu dan Tenom.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

80 peserta sertai Program Renjer Muda TTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya