HomeUtamaLabuan Mula Laksana Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Labuan Mula Laksana Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Read Time:56 Second

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan mula melaksanakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 menerusi tiga fasa dengan hampir 20,000 orang bakal menerima dos ketiga mereka.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata fasa pertama membabitkan 1,290 petugas kesihatan; manakala fasa kedua, 250 anggota barisan hadapan bukan kesihatan termasuk petugas media; dan fasa ketiga, kira-kira 16,000 individu dalam kumpulan berisiko tinggi.

“Kami telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemberian dos penggalak dan petugas barisan hadapan kami akan divaksinasi bermula hari ini hingga hujung minggu ini,” katanya sebelum melancarkan pemberian dos penggalak di Klinik Kesihatan Membedai, di sini semalam.

Beliau berkata kesemua tiga fasa tersebut dijangka selesai pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Hanya individu yang telah selesai tempoh enam bulan selepas dos kedua seperti yang disarankan, layak mendapat suntikan dos penggalak tersebut.

“Kami telah menubuhkan pusat vaksinasi di Hospital Labuan, kem Pangkalan Udara Labuan dan Klinik Kesihatan Membedai,” katanya.

Dr Ismuni berkata suntikan dos penggalak juga akan boleh diperoleh di semua klinik swasta menerusi janji temu.

“Individu yang layak, boleh menghubungi klinik berkenaan bagi mendapatkan janji temu,” katanya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya