Read Time:32 Second
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menerima suntikan dos penggalak COVID-19.
Pemberian suntikan itu dilaksanakan oleh 25 petugas kesihatan yang diketuai oleh Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Suhaila Osman di Istana Seri Kinabalu, disini hari ini.
Turut menerima suntikan dos penggalak jenis Pfizer-BioNtech ialah Setiausaha Sulit, Abinan Asli, Timbalan Setiausaha Sulit, Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan dan Datuk Abdul Rashid Mohd Tahir.
Selain itu turut menerima suntikan dos penggalak pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan anggota keselamatan Istana Seri Kinabalu./ PENERANGAN