PRN SABAH
HomeUtamaKapasiti Lapangan Terbang Tawau meningkat 2.5 juta penumpang setahun selepas siap naik...

Kapasiti Lapangan Terbang Tawau meningkat 2.5 juta penumpang setahun selepas siap naik taraf

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Projek menaik taraf Lapangan Terbang Tawau dijangka mengubah wajah lapangan terbang itu menjadi lebih moden dan selesa dengan kapasiti baharu sehingga 2.5 juta penumpang setahun apabila siap kelak.

Cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau. – Foto ihsan Kementerian Pengangkutan Malaysia

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peningkatan kapasiti itu turut disokong dengan pengasingan penuh penumpang domestik dan antarabangsa mengikut piawaian antarabangsa, sekali gus menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat.

“Lapangan terbang ini dibina dengan kapasiti asal 1.5 juta penumpang setahun, tetapi jumlah pengguna sudah mencecah 1.83 juta pada 2019, melebihi had sehingga 22 peratus. Maka, projek ini sangat mendesak untuk menampung pertumbuhan yang berterusan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Lapangan Terbang Tawau, hari ini.

Projek bernilai RM120.9 juta itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan melibatkan pembesaran terminal utama, penambahan jambatan udara, naik taraf apron pesawat serta sistem penghawa dingin, keselamatan, lif, eskalator, kawalan akses dan kemudahan moden lain.

Menurut Anthony, lapangan terbang yang dinaik taraf ini bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan pelancongan Sabah, merancakkan pembangunan ekonomi setempat serta memperkukuh kedudukan Tawau sebagai hab penerbangan penting di rantau Borneo.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta semua agensi berkaitan atas kerjasama menjayakan projek berimpak tinggi itu.

Dalam pada itu, katanya, projek ini turut merangkumi penambahbaikan kemudahan penerbangan seperti pembinaan jambatan udara baharu, apron pesawat yang lebih luas serta naik taraf sistem teknologi maklumat berkaitan perkhidmatan penerbangan.

“Bagi meningkatkan keselesaan pengguna, projek ini juga akan menyediakan kemudahan moden penumpang merangkumi penambahan kaunter daftar masuk, ruang tuntutan bagasi, kawasan komersial, selain kemudahan awam seperti tandas dan surau,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular