PRN SABAH
HomeUtamaTiada unsur jenayah dikesan - Christina

Tiada unsur jenayah dikesan – Christina

Read Time:48 Second

LAHAD DATU: Bedah siasat ke atas bangkai gajah betina dianggarkan berusia antara sembilan hingga 10 tahun di kawasan Ladang Felcra Berhad, Danum, Lahad Datu, di sini mendapati tiada unsur jenayah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian gajah itu adalah akibat kegagalan fungsi organ dalaman.

Katanya, gajah tersebut ditemui mati oleh pekerja ladang pada 26 September lalu sebelum pasukan penyiasat dan ‘post mortem’ dilaksanakan sehari kemudian.

“Pemeriksaan fizikal ke atas bangkai gajah hanya menemukan kesan luka lama yang kecil tanpa sebarang kecederaan baharu.

“Bagi memastikan punca sebenar, sampel organ dalaman turut diambil dan dihantar ke makmal untuk analisis lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kematian gajah ini berpunca daripada kegagalan organ dalaman. Tiada sebarang bukti menunjukkan ia menjadi mangsa jenayah hidupan liar,” katanya.

Christina berkata, rondaan serta pemantauan akan terus ditingkatkan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden tidak diingini terhadap populasi gajah Borneo yang terus berdepan pelbagai ancaman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SEDCO dan anak syarikat perlu lebih berdaya saing, tingkatkan dividen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular