HomeIsu tempatan4 Lokasi 'Jalan Tikus', 3 Pusingan 'U' Ditutup Serta Merta

4 Lokasi ‘Jalan Tikus’, 3 Pusingan ‘U’ Ditutup Serta Merta

Read Time:58 Second

9 Jun 2021

Normimie Diun

[email protected]

PENAMPANG: Polis Daerah Penampang bertindak menutup beberapa lokasi yang dikenalpasti laluan ‘Jalan Tikus’ dan pusingan ‘U’ yang dijadikan akses menghubungkan jalan di Daerah Penampang dengan Bandaraya Kota Kinabalu.

Ini berikutan dengan kenyataan media oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun bertarikh 6 Jun 2021 menetapkan bahawa Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu tidak lagi di dalam daerah yang sama berkuatkuasa mulai 7 Jun 2021. 

Antara ‘Jalan Tikus’ yang ditutup iaitu Jalan Nosoob – Hungab Susur keluar ke lampu isyarat Shell Kobusak, Jalan Penampang – Lido, Jalan Kobusak ke Susur Keluar simpang Taman Bangsawan Jalan Lintas, Jalan Penampang Lama – Jalan Gunung Bintang Luyang️ dan Jalan Bongun Kodondungan Ganang Ke Cyber City.


Manakala, lokasi pusingan ‘U’ yang turut ditutup iaitu dua pusingan ‘U’ sepanjang Jalan Penampang Bypass Kota Kinabalu – Penampang dan pusingan ‘U’ Jalan Chempaka berhampiran SJR Jalan Bundusan.

 
‘Jalan-jalan tikus’ dan pusingan ‘U’ ini ditutup serta merta bagi memperketatkan pergerakan sempadan melibatkan Daerah Penampang dan Kota Kinabalu. 

Oleh yang demikian, pihak polis berharap agar pengguna jalan raya  memberi kerjasama dan bersabar serta memahami tugas polis dalam menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya