PRN SABAH
HomeSukanSAGA XI : Tujuh pingat emas Ping Pong jadi rebutan

SAGA XI : Tujuh pingat emas Ping Pong jadi rebutan

Read Time:1 Minute, 16 Second

TAWAU : Sebanyak tujuh pingat emas ditawarkan pada acara Ping Pong sempena temasya Sukan Sabah (SAGA) XI Tawau 2025.

Ketua Delegat Ping Pong SAGA 2025, Abdul Mulok Linggin berkata, acara tersebut menyaksikan penyertaan 14 daerah  yang akan berentap bagi merebut pingat tersebut.

“Acara Ping Pong pada edisi kali ini mempertandingkan kategori perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki dan beregu perempuan, Berkumpulan lelaki dan perempuan serta acara tumpuan iaitu beregu campuran bermula dari 13 hingga 15 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di gelanggang Ping Pong di SJK (C) Sin Hwa, di sini pada Isnin.

Menurut Mulok, penyertaan kali ini amat menggalakkan dengan kesemua 14 daerah mengambil bahagian dalam semua kategori yang dipertandingkan.

“Harapan saya agar pertandingan ini berjalan lancar serta mencapai matlamat yang diharapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bagi melahirkan lebih ramai pemain berbakat mewakili Sabah pada peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen menjayakan acara berprestij itu terutama sekali KBSS, Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN Sabah), pihak media, para pengurus pasukan serta jawatankuasa dan yang diamanahkan oleh Majlis Sukan Negara.

“Acara ping pong membuka gelanggangnya hari ini dengan dimulakan dengan kategori berkumpulan yang dibahagikan kepada empat kumpulan utama.

“Kumpulan A menampilkan pasukan Sandakan, Ranau dan Tenom, manakala Kota Kinabalu, Tawau dan Kunak berada dalam Kumpulan B. 

“Kumpulan C pula terdiri daripada Kudat, Keningau, Kota Marudu dan Lahad Datu, sementara Papar, Beaufort, Pitas dan Penampang bersaing dalam Kumpulan D,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular