HomeSukanPemain Sabah FC Perlu Terus Kekal Momentum Permainan

Pemain Sabah FC Perlu Terus Kekal Momentum Permainan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Pemain Sabah FC diingatkan untuk terus mengekalkan momentum permainan selepas berjaya meraih kemenangan menentang PJ City FC di Stadium Likas Selasa lalu seterusnya layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2021.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, momentum permainan yang baik selain semangat yang tinggi dari pemain diyakini mampu mencipta kejayaan menentang Melaka United pada perlawanan suku akhir pada Ahad ini.

“Para pemain perlu mengekalkan momentum permainan yang baik, semangat juang yang tinggi, tidak mustahil kita (Sabah FC) mampu mencapai kemenangan pada peringkat suku akhir pertama menentang Melaka United Ahad ini.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan para pemian Sabah FC ketika menentang PJ City meskipun dalam keadaan padang basah dan berlumpur,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung berkata, meskipun Sabah FC dilihat kurang memberi tentangan kepada pasukan lain namun berjaya mengatasi saingan peringkat kumpulan seterusnya berhasil mara ke suku akhir.

“Saya berharap pasukan Sabah FC akan menggunakan sebaik mungkin peluang bermain ditempat sendiri dan di hadapan penyokong menentang Melaka United pada malam Ahad ini seterusnya mencipta kejayaan untuk melangkah ke perlawanan seterusnya,” katanya.

Sabah FC berjaya meraih lapan mata diperingkat kumpulan, tiga mata di depan PJ City serta berada 10 mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut mara ke peringkat suku akhir selaku juara kumpulan D.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya