HomeIsu tempatanUMS-DBKK Anjur Kursus Penyediaan dan Pengedalian Makanan Kepada Komuniti Kg Darau

UMS-DBKK Anjur Kursus Penyediaan dan Pengedalian Makanan Kepada Komuniti Kg Darau

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melatih 20 penduduk Kampung Darau, Inanam dalam Kursus Penyediaan dan Pengendalian Makanan, baru-baru ini.

Ketua Program Pengurusan Pelancongan UMS, Profesor Madya Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul berkata, kursus itu bertujuan membina kapasiti masyarakat mempersiapkan diri untuk menjadi destinasi pelancongan berasaskan komuniti.

“Sepanjang ia berlangsung, penduduk kampung telah didedahkan dengan teknik menggambarkan, dan menyediakan hidangan yang sesuai, unik serta popular untuk disajikan kepada pelancong.

“Kita juga telah memberi motivasi kepada mereka menjadi lebih kreatif dan menggunakan bahan tanaman sendiri dalam penyediaan makanan dan minuman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bertempat di Hotelab FPEP UMS, kursus itu dianjurkan dengan gabungan kerjasama FPEP dan Jabatan Kemajuan Pelancongan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Dr. Hassanal berkata, kursus tersebut telah dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Program Pengurusan Hotel UMS, Dr. Arif @ Kamisan Pusiran, dan Pensyarah Kanan Program Pemasaran UMS, Dr. Azaze @ Azizi Abdul Adis.

“Selain produk makanan, kursus ini turut berkongsi pengetahuan dan idea cara untuk membentuk produk berbentuk cenderahati yang berkualiti dan unik.

”Semoga usaha UMS dan DBKK ini dapat mempersiapkan penduduk dalam bidang pelancongan berasaskan komuniti sekali gus memperkasa dan mencipta pendapatan sampingan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Pelancongan Bandar, DBKK, Fauziahton Ag. Samad berkata, komuniti semakin bersedia untuk menerima pelancong dengan kemahiran yang diperolehi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kursus di Kampung Darau khasnya kepada UMS dan semua peserta yang hadir,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular