PRN SABAH
HomeIsu tempatanWarga emas ditemui rentung dalam kebakaran di Kota Belud

Warga emas ditemui rentung dalam kebakaran di Kota Belud

Read Time:59 Second

Oleh Raul G

KOTA BELUD: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung di bilik tidur dalam kebakaran rumah di Kampung Bangkahak Sunsum, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Elgie Bakuk berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2 pagi.

Katanya, seramai sepuluh anggota bergegas ke lokasi sejauh 13 kilometer dengan sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Pasukan bomba memadam kebakaran di Kampung Bangkahak Sunsum, Kota Belud.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba segera bertindak melakukan pemadaman api dan terdapat seorang mangsa berusia lingkungan 70-an ditemui dalam keadaan rentung di bilik tidur rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.

Menurut Elgie, operasi pemadaman api dijalankan menggunakan satu aliran dengan dua hos menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.50 pagi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud bagi tindakan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di sekitar lokasi kejadian,” ujarnya.  – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS hargai dedikasi pendidik menerusi penganjuran Minggu Akademia 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular