PRN SABAH
HomeSukanLiga Super : Sabah FC mantapkan latihan, tonggak utama kembali cergas hadapi...

Liga Super : Sabah FC mantapkan latihan, tonggak utama kembali cergas hadapi Imigresen FC

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Sabah FC meningkatkan intensiti latihan menjelang aksi Liga Super menentang Imigresen FC di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan esok ketika beberapa tonggak utama kembali pulih daripada kecederaan.

Ketua jurulatih Sabah FC, Jean Paul de Marigny berkata persiapan pasukan berjalan lancar dengan komitmen tinggi ditunjukkan pemain sepanjang sesi latihan minggu ini.

“Respon pemain terhadap perubahan taktikal sangat positif dan mereka semakin memahami corak permainan yang menekankan penguasaan bola dan pergerakan lebih efektif,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Sabtu.

Jean Paul mengesahkan pemain seperti Dominic dan Cifuentes kini cergas sepenuhnya dan berpotensi tersenarai dalam kesebelasan utama.

“Kehadiran mereka menambah keseimbangan pasukan serta memberi lebih banyak pilihan dalam strategi permainan,” jelasnya.

Beliau menegaskan Sabah FC terus memberi fokus kepada peningkatan prestasi keseluruhan sambil mengekalkan disiplin dan momentum untuk mengukuhkan kedudukan dalam saingan liga. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala FA : Sabah ke pentas akhir selepas penantian 27 tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular