HomeUtamaJKNS Komited Beri Layanan Terbaik Kepada Pesakit

JKNS Komited Beri Layanan Terbaik Kepada Pesakit

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan sentiasa komited untuk memberikan layanan yang terbaik kepada pesakit.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, jabatan itu juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai budaya korporat sebagai penjawat awam.

“JKNS juga akan memastikan bekalan ubat tidak terputus untuk pesakit.

“Adalah dinasihatkan supaya pesakit menggunakan ubat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sebaik mungkin dan mengelakkan pembaziran,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita sebuah portal pada 18 November lalu yang bertajuk ‘Hospital di Sabah kurangkan ubat kerana bekalan kurang’.

Katanya, usaha permohonan peruntukan dan perolehan stok ubat dilakukan secara berterusan untuk memastikan kesinambungan stok.

“Pada masa ini bekalan ubat adalah mencukupi untuk tahun 2021, namun bagi memastikan semua pesakit mendapat ubat mereka, kaedah pengagihan ubat kepada individu diubah.

“Ia termasuklah strategi dari pemberian bekalan ubat untuk tempoh satu atau tiga bulan kepada pemberian ubat untuk tempoh dua minggu bagi setiap pesakit. Ini untuk memastikan tiada pesakit yang tidak mendapat ubat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ‘Drive Thru’ turut disediakan di tujuh fasiliti kesihatan di negeri Sabah.

“Untuk daerah Kota Kinabalu, terdapat Farmasi Pandu Lalu di Hospital Queen Elizabeth, Klinik Kesihatan UTC Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Putatan yang mana ini dapat memudahkan pesakit untuk mendapatkan ubat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular