HomeUtamaCOVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Turun

COVID-19 : Kes Jangkitan Kembali Turun

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah turun sebanyak 108 kes berbanding semalam menjadikan jumlah kumulatif harian hari ini ialah 437 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pada hari ini juga terdapat lebih banyak daerah yang mencatatkan penurunan kes harian daripada daerah-daerah yang merekodkan pertambahan kes.

“Antaranya ialah Penampang (-10), Papar (-11), Kota Belud (-19), Tenom (-12) dan Tuaran (-25).

“Kota Kinabalu kekal penyumbang terbanyak kes baharu dengan 98 kes, tambahan 6 kes berbanding semalam,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Kinabatangan menambah 17 kes baharu daripada Kluster Sawit Mania yang diisytiharkan hari ini.

Katanya, adalah diperhatikan bahawa daerah-daerah yang sering mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi juga mencatat jangkitan secara sporadik (kategori bergejala) dalam jumlah yang banyak.

“Sebagai misalan, 45 daripada 98 kes di Kota Kinabalu hari ini adalah kes-kes melalui saringan bergejala, 19 daripada 39 kes di Penampang, 23 daripada 38 di Kota Belud dan 13 daripada 26 di Ranau.

“Secara keseluruhan 46 peratus atau 201 daripada 437 kes hari ini merupakan kes saringan bergejala yang berpunca daripada jangkitan secara sporadic,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, amatlah penting bagi semua penduduk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) secara serius dan berdisiplin bagi mengelak daripada jangkitan khususnya apabila berada di tempat-tempat awam atau dalam perjumpaan secara berkumpulan.

Katanya, seperti yang sering diperingatkan, vaksin tidak memberi perlindungan 100 peratus daripada jangkitan walaupun sudah menerima vaksin yang lengkap.

“Ia hanya menyelamatkan kita daripada kesan serius akibat jangkitan COVID-19 yang boleh membawa maut.

“Sebagai langkah mempertingkatkan imuniti badan kita, amatlah digalakkan agar semua yang layak mendapatkan dos penggalak (booster dose) mengikut jadual,” katanya.

Sementara itu, jumlah pesakit yang mengalami kesan serius akibat jangkitan COVID-19 masih  rendah.

Katanya, dua orang pesakit dilaporkan dalam Kategori 3, satu pesakit dalam Kategori 4 dan tiga dalam Kategori 5.

“Sebanyak 420 orang daripada 437 pesakit hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, yakni mereka yang tidak mengalami sebarang gejala atau sekadar gejala ringan.

“Seramai 11 pesakit lagi belum dikategorikan kerana masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya