PRN SABAH
HomePRN24,426 tentera, polis dan pasangan mengundi awal hari ini.

24,426 tentera, polis dan pasangan mengundi awal hari ini.

Read Time:1 Minute, 1 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU :  Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semakin dirasai apabila 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi melibatkan anggota polis serta pasangan.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula pada 8 pagi, sebelum ditutup secara berperingkat.

Antara lokasi pusat mengundi awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, ibu pejabat polis daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri. 

Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta, sebaliknya proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada 29 Nov ini. 

Dengan selesainya proses pengundian awal hari ini, tumpuan akan beralih pada hari pengundian yang dijadualkan pada Sabtu ini. 

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya ialah calon yang bertanding atas tiket Bebas.

Tempoh berkempen bagi PRN Sabah ke-17 yang bermula dari 15 Nov lepas akan berakhir pada 11.59 malam, 28 Nov.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Pembersihan Pantai Tahunan Ke-11 teguhkan komitmen FOSTER terhadap pemuliharaan penyu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular