HomeUtamaAgensi Kerajaan Bantu Peserta Kursus Pasar Produk Mereka - Yakub

Agensi Kerajaan Bantu Peserta Kursus Pasar Produk Mereka – Yakub

Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Golongan usahawan perlu lebih kreatif selain mencari kaedah terbaik dalam menyediakan ruang pasaran bagi memasarkan hasil produk mereka selepas menamatkan kursus kemahiran yang disertai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata,  ini kerana peserta kursus dilihat tidak berminat untuk meneruskan bidang tersebut berikutan ketiadaan ruang pasaran bagi memasarkan produk mereka.

Katanya, penganjur kursus perlu berbincang dengan wakil pembeli atau pemborong bagi membolehkan produk mendapat ruang untuk dipasarkan sekali gus menggalakan mereka menceburkan diri dalam bidang ini secara sepenuh masa.

“Kita melihat ini merupakan satu kelemahan yang dialami selepas kursus dijalankan. Peserta kursus tidak mempunyai ruang pasaran yang besar menyebabkan kemahiran mereka terhenti begitu sahaja.

 “Ada kalangan mereka sudah mendapat peralatan kursus yang lengkap namun terpaksa dijual ke individu lain berikutan tidak berminat untuk meneruskan berikutan tiada pulangan selepas menceburi bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Kursus Pemprosesan Hasilan laut, di sini semalam.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, sudah tentu jika diusahakan secara baik serta dibantu oleh Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFI) peserta kursus dapat memasarkan produk mereka secara meluas di masa depan.

“Faktor penting adalah modal awal juga perlu dititikberatkan. Agensi kerajaan termasuk Tekun Nasional serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) digalakan membantu peserta kursus untuk memulakan modal perniagaan mereka,” katanya.

Dalam tempoh sama, Yakub memuji komitmen peserta kursus yang sanggup menghabiskan masa selama tujuh hari sekali gus berupaya memperoleh kemahiran menghasilkan pemprosesan hasil laut.

“Bukan mudah untuk menamatkan kursus yang panjang seumpama ini. Jadi harapan kita agar peserta kursus dapat memperoleh kemahiran sambil boleh menghasilkan pendapatan lumayan di masa depan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan curi kabel punca gangguan bekalan di Kinarut

Mahkamah Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular