HomeUtamaSokongan padu rakyat penting demi merealisasi agenda pembangunan negeri

Sokongan padu rakyat penting demi merealisasi agenda pembangunan negeri

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap rakyat akan terus memberi sokongan padu dan menjadi rakan kongsi untuk merealisasikan agenda pembangunan Kerajaan Negeri.

“Aspirasi saya sebagai Ketua Menteri adalah untuk melakarkan laluan pembangunan untuk Sabah dan rakyat. Justeru, sokongan berterusan adalah penting demi kesinambungan pembangunan rakyat dan negeri ini,” katanya di majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Beliau turut memuji Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) kerana berjaya menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2026 bagi menyambut Tahun Baharu Cina 2026.

Beliau berkata, USCCAKK telah secara konsisten menganjurkan acara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya satu sambutan kebudayaan tahunan yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh masyarakat Cina, malah oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sabah, serta berperanan sebagai platform untuk memupuk toleransi dan saling menerima dalam membina masa depan bersama.

“Sebab itu, sambutan perayaan dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Sabah daripada pelbagai agama, etnik dan budaya adalah identiti unik di negeri ini.

“Di Sabah sendiri, sambutan kebudayaan dan perayaan setiap kaum sudah menjadi upacara tahunan dan amalan. la adalah asas untuk meningkatkan perpaduan dan keharmonian sedia ada dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dalam kalangan rakyat berbilang bangsa serta agama di negeri ini,” katanya.

Menurut Zodiak Cina, tahun 2026 merupakan Tahun Kuda Api dan dikaitkan dengan perubahan, inovasi dan keberanian serta menawarkan peluang besar.

“Justeru, semangat dan tenaga dalam Tahun Kuda ini perlu kita ambil untuk bersama-sama dalam membawa lebih banyak pembangunan ekonomi, sosial dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Negeri ingin berkongsi visi harapan ini dan akan maju ke hadapan serta meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan rancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Madius desak Kerajaan Persekutuan patuhi keputusan mahkamah, laksana segera hak 40%...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular