HomeUtamaProsiding komital terhadap Shafie Apdal ditangguh

Prosiding komital terhadap Shafie Apdal ditangguh

Read Time:31 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Prosiding komital yang melibatkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, telah ditangguhkan sementara.

Prosiding komital ini berkaitan dengan komen yang didakwa menghina Mahkamah yang dibuat oleh Shafie berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian bantahan awal (Preliminary Objection) yang dikemukakan oleh pasukan guaman Shafie.

Beliau kemudian menetapkan 27 Mac, melalui Zoom, untuk sebutan bagi mengemas kini status Semakan Kehakiman (JR).

Terdahulu, Mahkamah menolak satu lagi bantahan awal berhubung isu forum berbeza, yang mencabar perintah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding komital.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

RELATED ARTICLES
Utama

Sedcovest terus perkasa usahawan PKS – Redonah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular