HomeUtamaPeniaga dikompaun gagal pamer tanda harga merah jambu di Labuan

Peniaga dikompaun gagal pamer tanda harga merah jambu di Labuan

Read Time:1 Minute, 17 Second

LABUAN : Seorang peniaga hasil pertanian di sini dikenakan tindakan kompaun selepas didapati gagal mematuhi peraturan penandaan harga sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2026.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan Junaidah Arbain berkata, tindakan itu diambil hasil pemeriksaan harian yang dijalankan oleh pihaknya di premis-premis perniagaan sekitar kawasan luar bandar sepanjang tempoh SHMMP berkuat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga berkenaan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi item harga terkawal, iaitu bawang putih yang termasuk dalam senarai barangan di bawah SHMMP TBC 2026. 

“Barangan tersebut dipamerkan untuk jualan tanpa penandaan harga khas sebagaimana yang diwajibkan sepanjang tempoh skim dilaksanakan.

“Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) yang dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723],” katanya dalam kenyataan di sini.

Junaidah berkata, pasukan penguat kuasa telah mengeluarkan kompaun di lokasi pemeriksaan selepas peniaga mengakui kesalahan tersebut.

Menurutnya,  kegagalan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal boleh mengelirukan pengguna serta menjejaskan ketelusan urus niaga sepanjang musim perayaan.

“Di bawah peruntukan undang-undang berkenaan, individu yang sabit kesalahan boleh didenda oleh Mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000. 

“Bagi syarikat atau pertubuhan pula, denda boleh mencecah sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan pemantauan dan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan serta melindungi kepentingan pengguna sepanjang pelaksanaan SHMMP. 

RELATED ARTICLES
Utama

Warga asing diperintah bela diri tuduhan bunuh isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular