HomeUtamaBekas penolong akauntan ditahan SPRM kemuka butiran palsu

Bekas penolong akauntan ditahan SPRM kemuka butiran palsu

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Seorang bekas Penolong Akauntan sebuah agensi kerajaan ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu melibatkan kerja naik taraf dan penyelenggaraan kira-kira RM90,000 di jabatannya.

Suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 1 petang dalam satu operasi yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2025 dengan mengemukakan dokumen seperti pesanan kerajaan, invois dan sebut harga syarikat yang mengandungi butiran palsu melibatkan pembekalan serta kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di jabatan tempatnya bekerja.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2025 dengan mengemukakan dokumen pesanan kerajaan, invois dan sebut harga syarikat yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembekalan dan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan jabatan tempatnya bekerja.

Suspek juga disyaki membuat lantikan terus kepada syarikat milik ahli keluarganya bagi mendapatkan suapan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Fuad Bee Basrah dalam satu kenyataan mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Peniaga dikompaun guna alat timbang tamat tempoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular