RANAU : Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa sempena Ramadan bersama Ahli Jawatankuasa anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Karanaan, Kundasang dan Paginatan di sini.
Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah turut meluangkan masa menyantuni pelajar dari Sekolah Anak Yatim Kampung Silad serta Sekolah Pondok Bidayatul Hidayah Kampung Kundasang Lama dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin serta Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam bersama pemimpin masyarakat setempat.
Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan pada sebelah petang sebelum diteruskan dengan bacaan doa dan tazkirah sempena Ramadan.
Acara kemudian diteruskan dengan majlis berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah serta jamuan moreh



