HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan lelaki tempatan cuba bawa dadah guna bot

Maritim Malaysia tahan lelaki tempatan cuba bawa dadah guna bot

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUDAT : Tindakan seorang lelaki tempatan menggunakan bot tanpa nombor pendaftaran untuk membawa bahan disyaki dadah gagal apabila suspek ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi khas, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 32 tahun itu dibuat hasil risikan pihaknya sebelum bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi berhampiran 0.3 batu nautika barat daya Terminal Jeti Feri Kudat.

“Suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan menaiki bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua bungkusan kecil berisi hablur putih yang disyaki dadah,” katanya.

Hasbullah berkata, operasi berkenaan dilaksanakan menerusi Op Sejahtera dan Op Khas Pagar Laut yang sedang giat dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan di perairan negara.

Beliau berkata, bot bersama suspek diiring masuk ke Jeti Marina Kudat kemudian diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Zon Maritim Kudat untuk tindakan lanjut dan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,500.

“Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki bahan disyaki dadah serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah susulan kegagalan mempamerkan lesen bot yang sah,” katanya.

Hasbullah turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah di laut, khususnya melibatkan pengedaran dadah yang dilihat semakin membimbangkan.

Beliau turut menggesa komuniti maritim agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Majlis khatam Al-Quran eratkan ukhuwah komuniti Kg Pintas Asal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular