HomeUtamaPeruntukan RM10,000 perkasa pembangunan SK Pekan Dua

Peruntukan RM10,000 perkasa pembangunan SK Pekan Dua

Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Sebanyak RM10,000 disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan bagi menyokong usaha pembangunan sekolah, khususnya dalam memperkasa bidang kurikulum dan kokurikulum.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata sumbangan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh sektor pendidikan di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, keutamaan sentiasa diberikan kepada usaha meningkatkan kualiti pendidikan dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Sumbangan berkenaan disampaikan melalui wakilnya, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Johari Suhaimin, pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sesi 2026 yang turut diserikan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Sementara itu, Johari berkata pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan pelaburan dalam sektor itu memberi manfaat besar kepada kemajuan ekonomi serta sosial masyarakat.

“Kerajaan negeri akan terus memberi perhatian dan sokongan kepada sekolah, khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan tiada yang tercicir,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan pelajar termasuk aktiviti akademik, sukan, kepimpinan dan sahsiah diri.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Pekan Dua, Saloma Eukun, merakamkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap keperluan sekolah berkenaan.

Katanya, bantuan tersebut bukan sahaja memberi sokongan dari segi kewangan, malah menjadi pemangkin semangat kepada warga pendidik dan pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan.

RELATED ARTICLES
Utama

UNK 2026 hanya tampil 25 finalis di peringkat akhir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular