HomeUtamaInkues Zara: 15 telefon bimbit beserta kad SIM dianalis

Inkues Zara: 15 telefon bimbit beserta kad SIM dianalis

Read Time:54 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa sebanyak 15 telefon bimbit berserta kad SIM diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Komputer bagi tujuan analisis.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, ASP Mohd Zaidi Abu Hassan, 44, berkata beliau menerima dua serahan barang kes untuk tujuan analisis pada tarikh berbeza, iaitu pada 8 Ogos 2025 dan 19 Ogos 2025, daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Papar, Sabah.

Bagi serahan pertama pada 8 Ogos 2025, Mohd Zaidi menerima satu beg plastik lutsinar berupa beg barang kes Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengandungi 11 unit telefon bimbit berserta kad SIM daripada seorang sarjan.

Empat lagi telefon bimbit berserta kad SIM dalam beg plastik lutsinar PDRM diserahkan kepadanya oleh seorang lagi sarjan pada 19 Ogos 2025.

“Saya dapati barang-barang kes ini dalam keadaan baik,” katanya ketika membaca lebih sejam pernyataan saksinya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkarkan diri di tingkat bawah asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia keesokan pagi di Hospital Queen Elizabeth.

Prosiding inkues masih berlangsung.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

RELATED ARTICLES
Utama

MPP UMS hargai keprihatinan dan usaha universiti tangani gangguan bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular